Powered By Blogger

Monday, December 26, 2011

Kepimpinan Tranformasi Dalam Pengurusan Ko-Kurikulum di Sekolah Rendah.

1. Pengenalan
Sebagai pemimpin atau ketua di sekolah, guru besar diberikan tanggungjawab dan amanah untuk memandu sekolah dibawah jagaannya kearah kecemerlangan. Guru besar adalah pemimpin yang menetapkan hala tuju atau wawasan bagi memimpin kumpulan guru-guru dan kakitangannya. Kemampuan guru besar sebagai pemimpin dalam pengurusan sumber manusia melaksanakan pengurusan ko-kurikulum di sekolah berdasarkan prinsip atau nilai-nilai yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran, adalah amanah besar kepada guru besar. Sebagai seorang pemimpin, guru besar bukan hanya sekadar mencari kelemahan, tetapi menyelesaikan dan mencari punca kelemahan untuk membantu orang bawahnya melakukan yang lebih baik dalam pengurusan ko-kurikulum di sekolah. Berlaku pengurusan ko-kurikulim di yang lemah kerana kepimpinan guru besar yang kurang berkualiti. Isu seperti peralatan sukan yang daif. Peralatan sukan yang tidak berkualiti, ketirisan peruntukan kewangan yang diberikan kepada kelab dan persatuan, unit beruniform dan persatuan sukan dan permainan sering menjadi kekangan kepada pengajaran dan pembelajaran ko-kurikulum dan sukan di sekolah rendah menyebabkan motivasi guru sukan dan guru pendidikan jasmani merosot.
Menurut Ramaiah (1992), Kepimpinan sebagai satu fenomena proses manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong atau mempengaruhi orang bawahannya. Guru besar adalah orang yang paling dekat dengan guru-guru semestinya memiliki keupayaan ilmu untuk memimpin sekolah. Beliau mempunyai kuasa mutlak untuk menjadikan sekolahnya cemerlang. Guru besar pemimpin yang mampu mencetus motivasi bagi meningkatkan prestasi sekolah, memperbaiki pengurusan sukan sekolah, meningkatkan kualiti, mempertingkatkan perasaan kebanggaan di kalangan guru kepadanya.
Menurut Drucker (1992) kepimpinan merupakan suatu desakan dan mempunyai kaitan dengan “kualiti kepimpinan” dan “karisma”. Kepimpinan juga bersifat duniawi, tidak romantik, intipatinya adalah prestasi. kepimpinan menumpu kepada isu dan proses perubahan dan pembaharuan, seperti pembinaan hubungan, pembinaan visi dan pembinaan jalinan kerjasama antara pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Guru besar semestinya melihat sekolah dengan perspektif yang lebih luas, menilai kesannya serta berusaha untuk menggembleng pengaruh melalui kepelbagaian kemahiran, ilmu dan kepakaran supaya apa yang hendak dilakukan memperolehi persetujuan ramai iaitu guru-guru, pelajar dan ibubapa. Kepimpinan adalah cara mempengaruhi tingkah laku manusia supaya perjuangan itu dapat dilaksanakan mengikut kehendak pemimpin. Guru besar boleh mempengaruhi kegiatan guru-guru yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian pengurusan yang lebih berkesan. Guru besar juga boleh mempengaruhi pelajar di sekolah, membantu mereka menetapkan matlamat, beri panduan kearah mencapai matlamat tersebut dan sebagai hasilnya dapat menjadikan mereka pelajar yang lebih efektif dalam bidang sukan. Kepimpinan adalah satu proses tingkah laku untuk mempengaruhi individu dan kumpulan tertentu untuk mencapai matlamat. Proses yang terlibat ialah Proses membuat keputusan,teknik motivasi, memberi maklum balas, memperkukuhkan hubungan interpersonal dan Meningkatkan keyakinan pasukan antara guru besar dengan guru-guru di bawaha jagaannya. Kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut
Guru besar mempunyai autoriti untuk memberi arahan kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, mana kala anggota-anggota pula tidak boleh mengarah aktiviti-aktiviti guru besar mereka. Selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat. Guru besar boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleh pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang guru besar mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan samada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

2. Guru Besar Pemimpin Transformasi .

Kepimpinan transformasi adalah pemimpin-pemimpin mengilhamkan atau menginspirasikan para pengikutnya untuk mengenal pasti minat mereka dan melihat ke arah tujuan yang berfokus atau berpusat.

“beyond their own self-interest for the good of the group.” Together, heightened capacity andcommitment are held to lead to additional effort and greater productivity “ (Barbuto, 2005; Leithwood & Jantzi, 2000; Spreitzer, Perttula & Xin)
Pemimpin transformasi mengenalpasti dan mengekploitasikan keperluan sedia ada atau kemahuan pengikut-pengikut yang berpontensi. Tetapi, lebih daripada itu, Pemimpin transformasi sebenarnya melihat potential moives pada pengikut-pengikutnya, berusaha untuk memenuhi keperluan aras tinggi dan mengikat seluruh jiwa pengikutnya. Hasil dari Kepimpinan transformasi ini adalah suatu perhubungan yang saling meransang dan mempertingkatkan yang akan mengubah pengikut-pengikut menjadi pemimpin dan mungkin mengubah pemimpin-pemimpin menjadi agen-agen moral.
Menurut Burns (1978):
" The transforming leader recognises and exploits an existing need or demand of a potential follower. But, beyond that, the transforming leader looks for potential motives in followers, seeks to satisfy higher needs andenggages the full person of the follower. The result of transforming leadership is a relationship of mutual stimulation and elevation that converts followers into leaders and may convert leaders into moral agents."
Kepimpinan transformasi memfokuskan kepada peringkat moral dan motivasi dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas. Pemimpin pengikut, yang memberi tumpuan kepada keperluan perintah intrinsik yang lebih tinggi, dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hasil dan cara-cara baru ( perubahan) di mana hasil mungkin dapat dicapai (Barnett, McCormick & Conners, 2001; Cox, 2001; Gellis, 2001). Kepimpinan jenis ini memerlukan seorang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak tamak dan tidak mencemburui kakitangannya. Perubahan sikap pemimpin yang lebih telus , jujur, amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas masing akan di hoirmati dan di senang oleh rakyat bawahan berfokuskan rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

Kepimpinan transformasi sebagai "satu proses untuk mempengaruhi perubahan-perubahan yang besar dari segi sikap dan andaian-andaian ahli-ahli sesebuah organisasi dan membina komitmen untuk mencapai misi, objektif dan strategi organisasi berkenaan. Pemimpin Transformational adalah pemimpin yang memiliki pengaruhi yang dapat mengatasi individu yang berinteraksi secara terus dengan mereka. Melalui visi, tindakan dan pengaruh, mereka mengubah arah aspek-aspek yang besar dalam organisasi. Kepimpinan transformational dengan merujuk kepada proses pembinaan komitmen ke arah objektif organisasi dan penurunan kuasa kepada para pengikutnya untuk memenuhi objektif-objektif tersebut.

Menurut Weese (1994) kepimpinan tranformasi telah menemui "bukti yang meyakinkan" untuk kepentingan "kejayaan dan kelangsungan hidup" sesebuah organisasi kepimpinan. Beliau berkata bahawa pemimpin-pemimpin transformasi, terutamanya, "mempunyai kesan positif ke atas kepuasan pekerja, produktiviti dan keberkesanan organisasi. Pemimpin-pemimpin yang dianggap tranformasi menumpukan usaha-usaha mereka kepada matlamat jangka panjang, meletakkan nilai-nilai dan memberikan penekanan kepada pembangunan dan menginspirasikan para pengikutnya untuk mengejar visi, mengubah dan menyelaraskan sistem untuk memenuhi visi. Mereka bukannya bekerja dalam sistem yang sedia ada atau melatih para pengikutnya untuk mengambil tanggung-jawab terhadap pembangunan diri sendiri dan juga orang lain.
3. Transformasi Dalam Sistem Ko-Kurikulum di Sekolah.

Sebagai pemimpin utama dalam sekolah guru besar peranan utama adalah menjadikan diri mereka sepabagi pemimpin tranformasi dalam ko-kurikukun dan sukan yang cekap berkesan. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya. Enam NKRA (National Key Result Areas) telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah mempertingkatkan pencapaian pelajar. Program “Satu Murid Satu Sukan” . Program aktiviti ko-kurikulum seperti sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan unit beruniform adalah platform menjadikan pelajar cergas dan aktif . Penglibatan mereka dalam sukan tahunan Sekolah, Majlis Sukan Zon, Majlis Sukan Daerah dan Negeri sebagai wakil ada duta kecil sekolah. Ia adalah satu kepuasan kepada pencapaian pelajar tersebut.

Kurikulum sekolah, sekarang sedang bergerak ke arah tidak lagi berorientasikan peperiksaan sepenuhnya disifatkan sebagai langkah tepat bagi melahirkan modal insan holistik. Zainal Kling (2010) berpendapat, kerajaan mahukan perubahan transformasi kepada system pendidikan. Perubahan ini memberi peluang seimbang kepada pelajar untuk menonjolkan diri. Pelajar juga sudah pasti mendapat peluang yang seimbang terutamanya mereka yang kurang cemerlang dalam akademik untuk menonjolkan diri dalam Ko-kurikulum dan Sukan di sekolah. Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang memasukkan elemen kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam. Melalui SPPK penilaian kecemerlangan pelajar berasaskan peperiksaan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR dikurangkan. Manakala KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah) Tahun Dua bermula tahun 2012.

Sebagai pemimpin di sekolah guru besar menjadi agen peubahan tranformasi untuk menjayakan misi nasional. Langkah kepimpinan negara yang mahukan transformasi kepada system pendidikan adalah bertepatan dengan keperluan semasa. Sistem pendidikan yang tidak berorientasi sepenuhnya peperiksaan mampu memperkasa pelajar dalam aspek kemahiran tambahan dalam ko-kurikulum dan sukan. Ia transformasi yang tepat kerana di peringkat universiti, sistem ini telah dilaksanakan dan diberi penilaian yang sewajarnya. Adalah penting aspek tambahan ini dinilai di peringkat sekolah bagi melahirkan pelajar yang bermotivasi sepanjang masa kerana asas itu telah ada di peringkat sekolah. Sebelum ini, rata-rata pelajar hanya bermotivasi ketika menjelang musim peperiksaan da mengabaikan akitiviti ko-kurikulum dan kurang kemahiran tambahan. Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan menyebabkan kematangan pelajar terhad dan kelihatan jumud.
Khoo Kay Kim (2010) menegaskan, kerajaan perlu melakukan perubahan kepada guru-guru terlebih dahulu. Beliau yang juga pakar sejarah berkata, untuk menjayakan transformasi dalam pendidikan, ia banyak bergantung kepada guru. Guru terlebih dahulu perlu ditransformasi untuk menjadi pemimpin bertranformasi agar mereka boleh menjadi pendidik dan bukannya sekadar tenaga pengajar bagi membolehkan pelajar lulus peperiksaan. Elemen sahsiah diri dan kemahiran tambahan banyak bergantung kepada peranan guru itu sendiri. Jika tidak, transformasi bagi melahirkan modal insan holistik pasti sukar.

4. Cabaran Guru Besar Sebagai Pemimpin Tranformasi
Menurut (Leithwood, 1992,1994). Di antara cabaran-cabaran tersebut adalah, ketidak pastian agak yang ketara tentang cara dan hasil dalam bidang pendidikan (educational mean and end) perhatian bukan hanya diperlukan untuk melakukan tranformasi (perubahan) teknologi di sekolah tetapi juga kepada mereka bentuk semula sekolah yang akan menyokong perubahan-perubahan tersebut tumpuan harus diberikan kepada komponen pedagogi sekolah yang kompleks wujudnya keinginan untuk menjadikan bidang pendidikan sebagai bidang yang prodesional. Menurut Leithwood lagi, kepimpinan transformasi telah didapati sesuai untuk menghadapi cabaran-cabaran berkenaan kerana ianya berpotensi untuk membina komitmen yang tinggi dikalangan guru-guru yang diperlukan dalam agenda penstrukturan semula yang komplek dan tidak jelas sifatnya. berkemampuan untuk mempertingkatkan keupayaan guru-guru dan memberikan respon yang produktif kepada agenda yang telah dirancang di bawah Program Tranformasi Pendidikan Negara
Sekolah menjadi bergantung kepada guru besar dan guru-guru. Cabaran-cabaran dalam penstrukturan semula telah disebut sebagai penyebab perubahan kepimpinan daripada Kepimpinan Instructional kepada kepimpinan transformasi (Leithwood, 1992,1994). Di antara cabaran-cabaran tersebut adalah, ketidak pastian tentang cara dan hasil yang akan diperolehi. Tranformasi yang di buat itu sebenarnya bermula dari atas itu guru besar dan mengarah diikuti oleh pemimpin bawahan ( guru-guru dan kakitangan ) agar golongan sasar akan dapat menerima perubahan tranformasi. Guru-guru akan berusaha menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Ketidak pastian hasil bergantung kepada maklumbalas terhadap perubahan tersebut, mungkin tranformasi diterima oleh sekolah, mungkin juga sekolah akan menentangnya. Perhatian bukan hanya diperlukan untuk melakukan tranformasi tetapi, guru-guru kena bersedia dan menyokong perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan. Guru besar, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah pemimpin dan agen dalam tranformasi, mungkin boleh menjadi musuh dalam selimut dan berusaha menghancurkan secara diam-diam. Tindakan ini mungkin kerana berlaku perasaan tidak puas hati terhadap tranfromasi yang dilakukan kerana menggugat kepentingan mereka. Menurut Leithwood lagi, kepimpinan transformasi telah didapati sesuai untuk menghadapi cabaran-cabaran berkenaan kerana ianya berpotensi untuk membina komitmen yang tinggi dikalangan guru-guru yang diperlukan dalam agenda penstrukturan semula yang komplek dan tidak jelas sifatnya. berkemampuan untuk mempertingkatkan keupayaan guru-guru dan memberikan respon yang produktif kepada agenda yang telah dirancang di bawah Program Tranformasi Pendidikan Negara

5. Kepuasan Dalam Pengurusan Ko-Kurikulum Di Sekolah

Menurut Maday (2000), kepuasan merupakan suatu bahagian yang penting dalam penyertaan sukan dan juga keseronokan dalam sukan. Kepuasan pelajar telah diperkenalkan oleh Chelladurai dan Reimer (1997), bertujuan untuk mengkaji keperluan, kebaikan dan juga perlakuan yang disediakan oleh guru atau pengurusan sekolah terhadap pelajar. Kepuasan pelajar ditentukan oleh pencapaian perkara berikut iaitu, kemahiran strategi dalam pengurusan ko-kurikulum sekolah, latihan dan arahan guru yang diterima oleh pelajar, kejasama dan perpaduan di sekolah, serta bajet yang bertepatan dengan keperluan ko-kurikulum dan sukan.
Perkara ini mempengaruhi pengurusan ko-kurikulum dan sukan di sekolah. Pengurusan yang baik menyebabkan berlakunya kepuasan kerja. Guru-guru seronok mengajar dan melatih pelajar dalam sukan dan pelajar pula seronok dan puas dengan pengajaran dan pembelajaran yang terima. Menurut Lussier dan Kimball (2004) menyatakan kepuasan kerja disebabkan oleh sikap manusia di tempat kerja itu sendiri. Apabila guru-guru dan pelajar merasa puas dan seronok dengan sekolah, apapun bentuk perubahan tranformasi yang diperkenalkan dengan mudah diterima. Mereka akan secara sedarnya bersikap positif terhadap tranformasi tersebut, maka kepuasan kerja dalam pengajaran dan pembelajaran dalam ko-kurikulum di sekolah akan dapat dinikmati. secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan sekolah.
Pengurusan yang baik menyebabkan berlakunya kepuasan kerja. Sekiranya manusia bersikap positif terhadap kerja, maka kepuasan kerja akan dapat dinikmati dan secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti kerja, Sebaliknya akan berlaku sekiranya individu bersikap negatif terhadap sesuatu tugas yang diberikan. Bagi mengurus dan mentadbir sesebuah sekolah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Guru besar perlu melaksanakan pelbagai jenis pengurusan seperti peruntukan kewangan, keperluan peralatan sukan , keperluan kemahiran guru dan kepakaran dalam bidang ko-kurikulum dan sukan serta pengurusan Panatia Pendidikan jasmani. Sekitanya perubahan perlu dilakukan kerana terdapat pengurusan ko-kurikulum yang kurang berkesan, tindakan perlu diambil dan melakukan tranformasi untuk memperbaikinya. .

Menurut Roch (2001) menyatakan seseorang pengurus sumber manusia yang efektif harus mempunyai ciri-ciri berikut, memahami nilai potensi manusia , tahu apa yg harus dilakukan dgn sumber manusia yang ada dengan cara yang paling optimum, menjadi seorang pakar strategi dan juga pakar taktik agar dapat bersaing dan menilai segala yg berlaku di sekolah . Pengurusan yang strategik dan sistematik dalam aspek pengurusan sumber manusia yg melibatkan penyumbangan idea, kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian pengurusan berkesan dalam ko-kurikulum dan sukan sekolah. Pengabungan antara pengetahuan, kepakaran, potensi, kemahiran dan sikap yg perlu dibangunkan oleh sesebuah sekolah dan pendorong utamanya ialah guru besar.

Sebaliknya akan berlaku individu bersikap negatif terhadap sesuatu tugas yang diberikan. Sekiranya pengurusan ko-kurikulum di sekolah diabaikan, manakala penekanan yang diberikan menapikan hak-hak pelajar dari segi keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam ko-kurikulum akan mencalarkan pengurusan sekolah. Cross dan Wright (2002) berpendapat pengurusan program latihan kurang berkesan kerana:
1. Kekurangan fasiliti dan kemudahan sukan yang sesuai,
2. Kebolehan pelajar yang terhad,
3. Kekurangan sokongan dan bantuan dalam bidang sukan
4. Kekurangan guru

Menurut Bompa (1999), tujuan utama program latihan dilakukan ialah untuk meningkatkan gerak kerja pelajar, kemampuan kemahiran dan memperkembangkan tahap psikologi yang kuat kualiti sistem latihan bergantung kepada dua perkara iaitu
(i) Faktor langsung
(ii) faktor sokong
Oleh yang demikian guru besar sebagai agen tranfromasi di sekolah perlu mengelakkan berlakunya pengurusan program latihan kurang berkesan kerana akan membantutkan program dan aktiviri ko-kurikulum dan sukan di sekolah. Kepimpinan guru besar semestinya menumpu kepada isu dan proses perubahan dan pembaharuan. Guru besar melihat sekolah dengan perspektif yang lebih luas, menilai kepada guru-guru, pelajar dan ibubapa kesannya serta berusaha untuk menggembleng pengaruh melalui kepelbagaian kemahiran, ilmu dan kepakaran supaya apa yang hendak dilakukan memperolehi persetujuan ramai dalam pengurusan ko-kurikulum dan sukan di sekolahnya.

6. Pimpinan Transformasi Ko-Kurikulum Yang Cekap Berkesan Di Sekolah

Menurut Burns (1978) pemimpin transformasi akan mengenalpasti dan mengekploitasikan keperluan sedia ada atau kemahuan pengikut-pengikut yang berpotensi. Guru Besar sebagai pemimpin transformasi melihat motif potensi kepada guru-guru sebagi pembantunya memajukan sekolah dan pelajar output, yang berkualiti. Berusaha untuk memenuhi keperluan aras tinggi dan mengikat seluruh jiwa guru-gurunya kearah perubahan berkesan dan pengurusan dan pembangunan sekolah.


6.1 Meningkatkan Perkembangan Staf

Guru besar perlu merancang aktiviti perkembangan staf untuk dilaksanakan sepanjang tahun bagi tujuan meningkatkan ilmu, keupayaan dan kemahiran guru. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan meminta guru-guru senior , guru berpengalaman atau guru biasa yang baru menghadiri kursus untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai sesuatu yang berkaitan dengan ko- kurikulum dan sukan. Pihak sekolah juga boleh mendapatkan pegawai-pegawai dari pada pihak Pejabat Pelajaran Daerah , Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Aspek perkembangan staf ini penting kerana bidang ko-kurikulum dan sukan merupakan sesuatau yang dinamik dan sentiasa berkembang mengikut peredaran masa. Semua guru perlu didedahkan tentang perkembangan terbaru dan terkini dalam bidang pendidikan. Hasil dari kepimpinan transformasi ini adalah suatu perhubungan yang saling meransang dan mempertingkatkan yang akan mengubah pengikut-pengikut menjadi pemimpin dan mungkin mengubah pemimpin- pemimpin menjadi agen-agen moral."

6.2 Memiliki Kemahiran Asas Perhubungan Manusia

Guru besar semestinya memiliki kemahiran teknik iaitu kemahiran mengendalikan sesuatu tugas. Contohnya kemahiran dalam perhubungan manusia, kemahiran memahami dan bekerjasama , kemahiran mendorong dan memimpin , kemahiran konsep iaitu kebolehan mental dan intelek untuk menganalisa sesuatu perkara, kemahiran kreatif, kemahiran membuat keputusan mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya , kemahiran mengurus masa dalam menggunakan masa secara produktif. Kemahiran asas ini dijadikan sebagai suatu bentuk pengurusan untuk mencapai objektif sekolah melalui guru-guru sebagai tenaga kerja sumber manusia. Ia juga akan meningkatkan kepuasan kerja dikalangan guru-guru ke arah pencapaian potensi dan kapasiti yang optimum seterusnya akan meningkatkan komitmen pelajar di sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kualiti ko kurikulum dan sukan


6.3 Guru Besar Sebagai Penyeleasai Masalah Di Sekolah

Menurut Yukl (1989) Kepimpinan transformasi sebagai satu proses untuk mempengaruhi perubahan-perubahan yang besar dari segi sikap dan andaian-andaian ahli-ahli sesebuah organisasi dan membina komitmen untuk mencapai misi, objektif dan strategi organisasi berkenaan:

"the process of influencing major changes in the attitudes and assumptions of organizational members and building commitment for the organization’s mission, objectives and strategies."

Dalam melaksanakan aktiviti ko-kurikulum yang berkualiti dan berkesan, sudah tentu guru dan pelajar yang menghadapi masalah kemahiran, peruntukan kewangan, peralatan dan sukan. Sebagai guru besar hendaklah mendengar semua masalah yang di suarakan kepadanya dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dengan kadar yang segera. Oleh yang demikiain guru beser hendaklah membaca, berbincang dan berusaha meningkatkan tahap profesionalisme guru-gurunya, supaya mudah membantu pihak lain jila diperlukan. Dengan ini, diharapkan bantuan, sokongan dan peranan mereka sebagai penyelesai masalah atau trouble shooter akan membolehkan aktiviti ko-kurikulum dan keseuaian akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Guru besar adalah pemimpin yang memiliki pengaruhi yang dapat mengatasi individu yang berinteraksi secara terus dengan mereka. Melalui visi, tindakan dan pengaruh, mereka mengubah arah aspek- aspek yang besar dalam sekolah. Kepimpinan transformasi memfokuskan kepada peringkat moral dan motivasi dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas. Kepimpinan jenis ini memerlukan seorang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak tamak dan tidak mencemburui guru-gurunya.

Guru besar adalah pemimpin mengilhamkan atau menginspirasikan para guru-gurunya untuk mengenalpasti minat mereka dan melihat ke arah tujuan yang berfokus atau berpusat. Pemimpin-pemimpin yang dianggap tranformasi menumpukan usaha-usaha mereka kepada matlamat jangka panjang, meletakkan nilai-nilai dan memberikan penekanan kepada pembangunan dan menginspirasikan para guru-gurunya untuk mengejar visi, mengubah dan menyelaraskan sistem untuk memenuhi visi. Mereka bukannya bekerja dalam sistem yang sedia ada atau melatih para pengikutnya untuk mengambil tanggungjawab terhadap pembangunan diri sendiri dan juga orang lain. (Howell & Avolio, 1993).


6.4 Cara Mengatasi Penentangan (Perubahan ) Tranformasi
Penentangan terhadap perubahan adalah suatu tanda bahawa ada sesuatu yang silap dengan perubahan itu ataupun kesilapan telah dibuat dalam mengemukakannya. Oleh yang demikian, guru besar mestilah menentukan sebab-sebab sebenar penentangan itu dan kemudiannya bersikap fleksibel untuk mengatasinya dengan cara yang berkesan. Menurut Kotter dan Sclesinger (dalam Stoner dan Wankel , 1989), terdapat teknik cara mengatasi penentangan terhadap perubahan, seperti pendidikan dan komunikasi. Jika keperluan dan logik tentang perubahan itu diterangkan awal-awal lagi, sama ada secara individu kepada guru-guru pelajar, dan ibubapa . Bawa dalam mesyuarat , melalui kempen-kempen pandang-dengar secara terperinci serta membuat perindingan dan perbincang. Usaha ini boleh menandu jalan ke arah melaksanakan perubahan. Kejayaan akan bergerak lebih lancar sekiranya kedua-dua pihak yang berkrisis mendapat persetujuan bersama. Penyertaan dan penglibatan yang terlibat amay penting agar penentangan terhadap perubahan boleh dikurangkan atau dihapuskan dengan memastikan mereka yang terlibat mengambil bahagian dalam reka bentuk perubahan, ( Coch dan French, dalam Stoner dan Wankel,1989 ).

Guru besar perlu melakukan permudahan sokongan agar yang terlibat memberi kerjasama. Memudahkan proses tranformasi (perubahan) dengan memberi sokongan kepada mereka yang terlibat menjayakannya adalah satu lagi cara para guru besar sebagai pemimpin perubahan boleh menghadapi penentangan. Menurut Armstrong (2001) empat ciri-ciri utama kepimpinan transformasi itu, (a) tingkah laku beretika, (b) wawasan dan matlamat bersama, (c) peningkatan prestasi melalui kepimpinan berkarisma, dan (d) kepimpinan melalui teladan. Bila berlaku penentangan adalalah tempoh yang sukar, dengan memberikan sokongan emosi dan pengertian boleh membantu. Ada kalanya guru besar perlu mengadakan perundingan dengan bakal-bakal penentang atau mereka yang berhasrat akan menentang seperti guru, pelajar dan ibubapa, dan malahan mendapatkan jaminan bertulis yang merupakan persetujuan dari penentang yang terlibat dengan perubahan itu.

7 Penutup

Seseorang guru besar semestinya mampu menghasilkan suatu perubahan atau transformasi pada mereka yang dipimpinnya, dirinya sendiri dan sekolah ke arah tujuan yang ditetapkan bersama. Semua perkara yang dinyatakan di atas boleh dijadikan panduan kepada guru besar dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin tranformasi di sekolah. Dengan memberikan keutamaan kepada bidang kurikulum dan ko-kurikulum dalam melaksanakan tugas hariannya, di harapkan sekolah akan menjalankan fungsi utamanya sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu matlamat untuk melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai pelbagai ketrampilan dan berakhlak tinggi yang berasaskan Falsafah Pendidikan Negara akan dapat dihasilkan. Semoga sekolah akan terus melahirkan sumber manusia yang berkualiti dan berketrampilan pada masa hadapan sesuai dengan harsat untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju melalui Wawasan 2020.

Tuesday, September 6, 2011

Antara Pejuang dan Petualang Negara

Semangat keinginan orang melayu memerdekakan negara telah meledak sebelum peristiwa Bukit kepung 1950 lagi. Kesedaran dan keinsaafan orang melayu memuncak dengan kezaliman Bintang Tiga agen PKM dengan agenda membentukan Republik Malaya di Tanah Melayu. yang bercita-cita menjadikan Malaya menjadi Negara Komunis. PKM bukan mahu memerdekakan negara tetapi mahu merampas negara ini menjadi negara Komunis. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. PKM berjuang menentang Jepun dan British mahu mendirikan Negara Komunis. Polis melayu berjuang menentang Jepun dan komunis mahukan Tanah melayu merdeka.

Selepas Jepun menyerah kalah 1945, lima tahun sebelum Peristiwa Bukit kepung. Chin Ping dan beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA dan Bintang Tiga agen PKM telah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya dibahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku Abdul Rahman dan Dato On Jafaar agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

11hb mei 1946 PEKEMBAR ditubuhkan atau UMNO. Ketibaan L.D Gamman ( Parti Konservatif) dan D.R Rees William ( parti Buruh ) di sambut dgn bantahan dan tunjuk perasaan oleh orang Melayu. Penentangan terdadap Malayan Union pada tahun 1948 hampir 10000 org membantah kedatangan Harral MacMicheal. Dua tahun lebih awal sebelum peristiwa Bukit kepung. . Datuk On mengetuai Gerakan Melayu bersama 41 buah pertubuhan seluruh tanah Melayu bangkit membuat tunjuk perasaan terhadap Malayan Union.( British). 1948 Malayan Union di bubarkan dan Persekutan Tanah melayu di tubuhkan adalah permulaan kearah kemerdekaan Tanah Melayu . Persekutuan Tanah Melayu mempunyai 9 buah negeri-negeri Melayu. Kuasa Raja-raja Melayu di perkukuhkan kearah Raja berpelembagaan. Jawatan residen di hapuskan dan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DIPERKUKUHKAN

MPAJA – Bintang Tiga- PKM adalah pertubuhan yang di ketua oleh org cina. Ketua Parti Komunis Malaya Lai Teak kemudian Chin Peng. PKM berlandaskan Fahaman Karl Mark Rusia. Rasid Maidin dan berapa org melayu, yang telah menyertai PKM menyebabkan perjuangan ,mereka di tolak bulat-bulat oleh mejoriti orang melayu kerana Komunis tidak ada fahaman agama . PKM, TIDAK MEMPUNYAI AGENDA YANG JELAS TERHADAP ORANG MELAYU. Prinsip utama komunis yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia. Sekiranya PKM memerintah Negara kita telah menggadaikan maruah kita sekali lagi kepada kuasa asing ( orang cina secara totalnya) ketika itu.

Polis Melayu sebenarnya pejuang menentang kezaliman Komunis dan pada masa yang sama mahukan kemerdekaan daripada Kerajaan British ini terbukti melalui penentangan telah wujud lebih awal oleh orang melayu terdapat Malayan Union melalui UMNO sejak penubuhan nya 1946. Peristiwa Bukit kepung boleh dianggap sebagai manifesto penentangan Polis Melayu sebenar, yang berjuang menentang Komunis sebuah kuasa penjajah baru selepas Portugis, Belanda, British, Jepun terhadap usaha-usaha untuk merampas Tanah Melayu ketika itu. Polis melayu boleh juga diangap sebagai pejuang agama Islam untuk membebaskan Negara ini daripada ideology, kepercayaan dan fahaman komunis kerana Prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia

Pejuang negara yang gugur dalam Peristiwa Bukit Kepung febuari 1950. 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Mereka yang terkorban :-
Anggota Polis
1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
4. Konstabel 9136 Hassan Osman
5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad 

Polis Bantuan 
1. Ins. Kudarina Naknok
2. AP 2130 Samad Yatim
3. AP Mahmood Saat
4. AP 1925 Ali Akop
5. AP 2127 Othman Yahya
 
Keluarga Anggota 
1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis 
1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng

Al Fatihah....

Tuesday, November 30, 2010

Malaysia gagal lagi

Sukan Asia 2010 menampilkan kebangkitkan kuasa-kuasa baru dalam sukan sepaktakraw iaitu Korea Selatan dan China. Malaysia terus gagal untuk mendapatkan pingat emas yang terus gah dalam genggaman Thailand. Malaysia menurunkan pemain yang tidak mempunyai persefahaman yang mantap terutamanya dalam acara antara regu. Mohd Normanizam Ahmad menujukkan permain yang baik tetapi apit kanan yang diturunkan iaitu Mohd Putra Abd. Ghani lemah rejamannya manakala apit kira masih mentah dan kurang berpengalaman. Kemasukan pemain muda Nasaruddin sedikit mamberikan harapan tetapi belum cukup mantap untuk menyaingiThailand. Namun demikian, berdasarkan persembahan pemain-pemain Malaysia, di harapkan Iskandar Arsad dan rakan-rakannya jangan putusasa kalau digilap dengan baik Nasaruddin, Normanizam dan Zularnain Mohd Arif bakal menjadi regu terkuat dan boleh mencabar Thailand.

Tuesday, November 16, 2010

China hampir kalahkan Malaysia

Sukan Asia 2010, Malaysia hampir kalah kepada China dalam acara sepaktakraw berpasukan. Tekong pasukan China lebih berkesan serangannya pada perlawanan regu kedua dan regu ketiga, berbanding tekong Malaysia. Walaupun menang 2-1 kita pastinya akan berdepan kesukaran apabila berdepan dengan pasukan Thailand yang lebih mantap dalam semua posisi sekiranya berpeluang bertemu pasukan Thailand nanti. Nampak pemain terlalu bergantung kepada kesilapan lawan untuk mendapatkan mata, terutama pada pada perlawana regu kedua dan regu ketiga ketika menentang China. Sudah pasti Pengurus Pasukan Malaysia Datuk Awang Sham tidak senang duduk apabila melihat perlawanan yang begitu merdebarkan. Malasia kena memikirkan strategi terbaik apa bila berdepan pasukan kuat di Sukan Asia ini.

Wednesday, May 26, 2010

Sepaktakraw Piala Parlimen Papar 2010

Kejohanan sepaktakraw Piala Parlimen Papar dari 22 mei hingga 23 mei telah memberi sedikit keyakinan kepada peminat sepaktakraw di Sabah bahawa pasukan ini boleh melangkah lebih jauh sekurang-kurang peringkat suku akhir dan mungkin lebih daripada itu. Sukma D muncul juara seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM3000.00 . Kehadiran dua pelatih kebangsaan iaitu Normanizam Ahmah dan Mohd. Putra Ghani berjaya menarik penonton untuk menyaksikan kejohanan tersebut . Kedua-dua pemain ini mewakili PDRM. Kemenangan Sukma D yang berjaya menumpaskan PDRM yang diwakili Normanizam Ahmah di suku akhir dalam satu perlawanan sengit adalah satu suntikan moral yang amat tinggi kepada pemain. Semoga pasukan Sukma Sabah berjaya membawa pingat di kejohahanan Sukan Malaysia di Melaka jun 2010 ini nanti, SABAH BOLEH BAH

Thursday, May 20, 2010

Orang lama dalam sukan sepaktakraw

Mengingat kembali nama-nama ini suatu ketika dulu begitu terkenal di Sabah seperti Datu Derin Datu Anggol, Bagdad Turugan, Goldah Hj. Keri, Salman Arin, Ag. Razikal Atoh, Ag Tahir Atoh, Pudin Rahim dan ramai lagi dalam mewarnai permainan sepaktakraw di negeri Sabah. Kemudin muncul pula nama-nama Seperti Sazali Nasip Og, Gazali Ajak, Hadron Nasruh dan ramai lagi. Pemain datang dan pergi serta silih berganti. Mereka bermain masing-masing mempamerkan kemahiran (skil) kelebihan tersendiri. Kemunculan Mohamad Kahar paling istimewa untuk Sabah dan dirinya kerana beliau pernah bersama skuad Elit Gemilang kebangsaan.

Tuesday, May 18, 2010

Piala Presiden ASTAKA 2010

Piala Presiden ASTAKA 2010 menggunakan 2 penjaga garisan. Format baru pertandingan yang diperkenalkan ini menpamerkan banyak kelemahan. Pengadil berdepan banyak masalah ketidakpuasan hati pemain,jurulatih, pengurus dan penonton ketika membuat keputusan bola masuk dan keluar. ASTAKA perlu mengadakan kursus,bengkel atau klinik kepada Pengadil dan pengadil Garisan sekiranya format ini diguna pakai pada masa akan datang.

Bersama orang lama En. Razali Chin @ Siong

Terlibat dalam sukan sepaktakraw pada awal 60-an. Mewakili Pantai Barat Utara dalam Kejohanan Piala Seri Bandung (1975) dan pertandingan Piala Sabah(1978). Menjadi pemain Sabah dalam kejohanan Piala Borneo(1981) dan Piala Emas Khir Johari (1984). Kini menjadi AMT Persatuan Sepaktakraw Sabah (ASTAKA) antara orang penting menggerakkan sukan ini bahagian Pantai Barat Utara sabah hingga kini

Sukan sepaktakraw mula dimainkan di Tuaran?

Sukan sepaktakraw di Sabah di mula dimainkan di daerah Turan pada awal 60-an. Saya memerlukan informasi lagi dari orang lama tentang sukan ini. Sekiranya ada maklumat lebih tepat lagi silalah berkongsi pengalaman dengan saya. Nama-nama orang lama seperti allahyarham Cikgu Lika terlibat menyebarkan sukan ini di Sabah

Friday, April 30, 2010

Atlet muda berbakat besar

Alang Rasheddin Jamaluddin. Dengan ketinggian 6 kaki 1 inci. Berusia 17 tahun anak kelahiran Tawau, menunjukkan larian agak baik acara 110m lari berpasar dengan kepantasan 14.8 saat pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah negeri Sabah di Tawau 2010. Bersekolah di SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Anak didik Sulaiman Arman ini akan mewakili Sabah pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia di Johor nanti.