Apakah Bumiputera Islam cepat lupa sejarah. Begitu jugakah yang agaknya yang akan berlaku di Sabah apabila menjelang PRU 13. Mereka jangan muda lupa, suatu kertika dulu Bumiputera Islam tidak mempunyai kuasa politik di sabah. Tapi apabila sudah mendapat kuasa apakah mereka cepat lupa jasa. Betul juga kata Tun Dr. Matahir “ Melayu Mudah Lupa “ (merujuk kepada ahli UMN...O) Tapi apabila kita menggunakan perkataan Melayu ramai juga yang mempertikaikan istilah Melayu di Sabah kerana mereka lebih sesuai di panggil bumiputera Islam. Kalau bergitu sesuai juga dikatakan bumiputera islam jangan mudah lupa. Jangan mudah lupa bagai mana Tun Mustapa bermati-matian berjuang untuk mendapatkan kuasa politik untuk bumiputera islam ketika itu , gagal dan terus gagal walaupun mendapat campurtangan dan bantuan dari Kuala Lumpur suatu ketika dulu namun kuasa itu terus menjauh dari tangan bumiputera islam .
Sabah merdeka 1963 dan ketua menteri pertama Sabah dari tahun 1963 hingga 1964 ialah Tun Fuad Stephen di bawah parti UNKO dari ethnic KDM. Kuasa politik cina juga kuat waktu itu apabila Datuk Peter Lo Sui Yin dari parti SCA dilantik menjadi ketua menteri Sabah dari tahun 1965 hingga 1967. Tun Mustapa hanya berjaya memegang jawatan ketua menteri Sabah pada tahun 1967 hingga 1975. itu pun setelah beliau menyedari bahawa kuasa sebagai TYT begitu terhad dan memimpin parti USNO atas sokongan kuat KDM dan org cina. kemudian kuasa ketua menteri jatuh kepada Tun Said Keruak parti USNO dari tahun 1975 hingga 1976
Pada tahun 1976 kuasa politik kembali semua kepada KDM bumiputera bukan Islam apa bila parti Berjaya menang dalam pilihanraya yang diketua Tun Fuad Stephens . Datuk Haris Saleh menjadi ketua menteri Sabah hanya kerana “ LUCKY “ . Tun Fuad dan beberapa bakal ahli kabinet Sabah terlibat dalam Peristiwa Dubble Six di sembulan.
Kuasa politik KDM di Sabah terus kukuh apabila Tan Seri Josep Pairin Kitinggan menjadi Ketua Menteri di bawah parti PBS dari tahun 1985 hingga 1994. Masa inilah ramai pemimpin Sabah yang dilahirkan dan terus bertahan hingga ke hari ini . Peristiwa Datuk Lajim Hj. Okin lompat parti dari PBS ke UMNO terus mengubah lanskap politik negari Sabah. Saya berpendapat beliau adalah Hang Jebat yang menderhaka kepada tuannya. Tetapi memberi “ interest “ kepada UMNO. Sejak peristiwa ini barulah kuasa politik itu beransur-ansur kembali kepada bumiputera Islam hinggalah ke hari ini, itu kerana kebijaksanaan Tun Matahir Mohamad dan UMNO dengan melakukan pengiliran atau “ Rotation” Politik di Sabah .